fbpx

Mencari Saiz Kasut Pengantin yang sesuai?

Penampilan yang menawan dengan aturan langkah yang penuh gaya sudah semestinya menjadi dambaan setiap gadis. Kasut kahwin yang sesuai dan selesa adalah amat penting dalam menggayakan busana di hari persandingan.

Apa yang paling penting ketika majlis perkahwinan nanti bagi Wanita ialah keselesaaan! Bayangkan anda akan berada di situasi menjadi perhatian orang ramai. Pastilah anda mahu kelihatan cantik, segar dan bonusnya yakin. Dari mana datangnya keyakinan itu? Dari langkah kaki yang dibawa itulah. Oleh itu kami kongsikan tip memilih saiz kasut pengantin adalah seperti berikut :

6 tips berguna kepada anda untuk memilih kasut pengantin

1. Tepati ukuran kaki dan saiz kasut

Jangan buat gila pula, memakai kasut yang salah saiz. Memakai kasut yang ketat dan terlalu besar merupakan idea yang sangat buruk. Selain itu, anda juga perlu mengukur ketinggian kasut bersesuaian dengan labuh busana pengantin.

2. Kena dengan tema majlis

Jika anda mempunyai tema seperti perkahwinan didalam taman, jadi pilihan yang sesuai ialah flats atau wedges. Elakkan memakai kasut bertumit halus, nanti habis tenggelam dalam tanah.

3. Praktis berjalan dengannya

Jangan selepas membeli, anda biar kasut itu terperap didalam kotak gara-gara sayang hendak digunakan. Ambil peluang beberapa minggu sebelum majlis, anda praktis berjalan dengannya. Biar anda sudah terbiasa dan selesa bersama sepatu indah itu!

4. Tidak membazir

Apa yang dimaksudkan tidak membazir ini ialah, kasut pengantin anda itu juga boleh disarung selepas majlis perkahwinan. Mana tahu anda perlu ke acara-acara besar, jadi kasut pengantin anda itu boleh diguna semula. Multitasking shoes!

5. Pilih kasut yang buat anda rasa istimewa

Anda percaya tak kepada keajaiban? Bila anda menyarung kasut tersebut anda berasa istimewa dan ia memang sesuai untuk anda.

6. Buat rawatan kaki

Segalanya-galanya tentang kasut tapi jangan lupa manjakan juga kaki anda. Buat rawatan kaki dan yang mustahak sekali ialah kuku kaki anda. Maklum lah jadi pengantin ini kena cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Boleh rujuk jadual dibawah untuk mendapatkan gambaran asas mengenai saiz kaki. Tapi yang paling afdhal ialah test kasut LIVE sebelum beli

Sumber :

https://www.wanista.com/
https://www.christyng.com/




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *